Thursday, 7 June 2012

bersama kesulitan ada kemudahan



assalamualaikum dan selamat pagi semua . 
pagi ni tetiba lepas breakfast 6 suap nasi lemak timbul lah niat untuk mencoret sedikit di laman blog yang dah lama tak post entry ni . yerla , 'belaan' i semua dah tidur lena diulit mimpi bertemankan botol susu dan bantal bucuk mereka . yayaya...sangat suka hati ! seronok gak jadi babysitter ni kan ? melayan kerenah budak-budak yang baru nak pandai berjalan, cakap pon pelat-pelat tak paham sepatah haram . tapi keletah dorang kadang-kadang sehingga dapat menggirangkan hati yang keluh kesah .

keluh kesah sebab ape ? ok...macam ni ceritanya . kadang-kadang terdetik dekat hati kenapa kita kat dunia ni adakalanya seringkali ditimpa musibah dan kesulitan . sebagai contoh , bila tengok bersamamu kat tv3 tu . dah diberi kesengsaraan hidup lepas tu ditimpa pula dengan pelbagai masalah lain seperti sakit , kehilangan upaya . secara logiknya kita sebagai salah seorang yang bernasib baik mesti terfikir mengapa mereka yang susah lagi ditambah kesusahan . haa..ayat faham-faham sendiri la ek . sedangkan yang senang dan mewah nampak seperti tidak diberi ujian sebegitu seperti yang kurang bernasib baik . 

sebenarnya bukan begitu . setiap makhluk di muka bumi Allah ini akan dilimpahkan rezeki dan juga diberi musibah serta ujian . yang kita lihat si yang kurang bernasib baik , mungkin mereka tidak diberikan kemewahan harta dan darjat , tetapi dikurniakan rezeki seperti zuriat yang ramai untuk menambah umat dan menjadi khalifah di bumi Allah. yang si kaya pula diberi kemewahan dan mereka diuji dengan kemewahan tersebut . adakah mereka bersyukur atau sebaliknya ? adakah mereka melalaikan diri untuk mencari dan menambah lagi kemewahan tersebut ? adakah mereka menggunakan kemewahan yang diberikan dengan cara yang betul ? 

Allah itu maha adil . tidak ada konsep berat sebelah . yang pasti nya setiap kesulitan, ujian, dugaan, kesengsaraan tersebut disebaliknya ada terselit kemudahan . hidup ni diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar . keadaan kita akan selalu berubah kadang di atas dan kadang di bawah . 

Rasulullah sendiri mengalami kesulitan hidup dan ditimpa pelbagai musibah dalam kehidupannya . baginda dicaci, dimaki, dilontar batu dan sebagainya . sungguh luar biasa ketabahan Rasulullah SAW . kunci utama kita sebagai manusia adalah tidak seharusnya putus asa jika ditimpa kesulitan hidup . yakinlah bahawa jika kesulitan tersebut telah sampai ke puncaknya, insyaAllah ia akan berakhir dan hadirnya kemudahan dan jalan penyelesaian .

seharusnya kita selalu berprasangka baik atas ketentuan Allah SWT terhadap diri kita kerana pasti itu yang terbaik . jangnlah merasa terhimpit walau sedikit pon kerana suatu masa nanti keadaan pasti akan berubah . dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar . wallahua'lam .