Thursday, 7 June 2012

bersama kesulitan ada kemudahan



assalamualaikum dan selamat pagi semua . 
pagi ni tetiba lepas breakfast 6 suap nasi lemak timbul lah niat untuk mencoret sedikit di laman blog yang dah lama tak post entry ni . yerla , 'belaan' i semua dah tidur lena diulit mimpi bertemankan botol susu dan bantal bucuk mereka . yayaya...sangat suka hati ! seronok gak jadi babysitter ni kan ? melayan kerenah budak-budak yang baru nak pandai berjalan, cakap pon pelat-pelat tak paham sepatah haram . tapi keletah dorang kadang-kadang sehingga dapat menggirangkan hati yang keluh kesah .

keluh kesah sebab ape ? ok...macam ni ceritanya . kadang-kadang terdetik dekat hati kenapa kita kat dunia ni adakalanya seringkali ditimpa musibah dan kesulitan . sebagai contoh , bila tengok bersamamu kat tv3 tu . dah diberi kesengsaraan hidup lepas tu ditimpa pula dengan pelbagai masalah lain seperti sakit , kehilangan upaya . secara logiknya kita sebagai salah seorang yang bernasib baik mesti terfikir mengapa mereka yang susah lagi ditambah kesusahan . haa..ayat faham-faham sendiri la ek . sedangkan yang senang dan mewah nampak seperti tidak diberi ujian sebegitu seperti yang kurang bernasib baik . 

sebenarnya bukan begitu . setiap makhluk di muka bumi Allah ini akan dilimpahkan rezeki dan juga diberi musibah serta ujian . yang kita lihat si yang kurang bernasib baik , mungkin mereka tidak diberikan kemewahan harta dan darjat , tetapi dikurniakan rezeki seperti zuriat yang ramai untuk menambah umat dan menjadi khalifah di bumi Allah. yang si kaya pula diberi kemewahan dan mereka diuji dengan kemewahan tersebut . adakah mereka bersyukur atau sebaliknya ? adakah mereka melalaikan diri untuk mencari dan menambah lagi kemewahan tersebut ? adakah mereka menggunakan kemewahan yang diberikan dengan cara yang betul ? 

Allah itu maha adil . tidak ada konsep berat sebelah . yang pasti nya setiap kesulitan, ujian, dugaan, kesengsaraan tersebut disebaliknya ada terselit kemudahan . hidup ni diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar . keadaan kita akan selalu berubah kadang di atas dan kadang di bawah . 

Rasulullah sendiri mengalami kesulitan hidup dan ditimpa pelbagai musibah dalam kehidupannya . baginda dicaci, dimaki, dilontar batu dan sebagainya . sungguh luar biasa ketabahan Rasulullah SAW . kunci utama kita sebagai manusia adalah tidak seharusnya putus asa jika ditimpa kesulitan hidup . yakinlah bahawa jika kesulitan tersebut telah sampai ke puncaknya, insyaAllah ia akan berakhir dan hadirnya kemudahan dan jalan penyelesaian .

seharusnya kita selalu berprasangka baik atas ketentuan Allah SWT terhadap diri kita kerana pasti itu yang terbaik . jangnlah merasa terhimpit walau sedikit pon kerana suatu masa nanti keadaan pasti akan berubah . dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar . wallahua'lam .


Wednesday, 2 May 2012

bubbye 'ketegangan' dan hello 'ketenangan'



assalamualaikum...

prittttttt.....hehe..memang dah lama sangat tak jenguk blog ni . berbulan jugak la kan ? siap dah tukar lagu baru lagi tu . harus up to date la sebab kadang-kadang i pon bosan dengar lagu yang sama . wink wink :p
nak share something lah nampaknya bila dah post entry ni . something ??? xde la special sangat . cuma nak share perasaan i hari ni . hari ni rasa puas sangat sebab dah merdeka . yeahhh !!! saya dah habis semester 5 la kawan-kawan . nak riuh sekampung boleh tak . bila lagi nak heboh-heboh....* macam dah abis diploma pulak lagi 1 sem cik sima oiii . hujung tahun ni baru grad . insyaAllah ( harap2 tak bertambah sem)




alhamdulillah . terima kasih Ya Allah sebab permudahkan segala urusan dan sentiasa bagi kekuatan pada hambamu ini . memang sem 5 ni terlalu menduga kesabaran dalam menuntut ilmu . final 4 paper . semua nyer killer paper . bermula dengan paper taxation (teori + kira-kira) . selang 4 hari diikuti paper auditing (teori ) .  and then untuk hari ni ade 2 paper kira-kira iaitu financial accounting 3 dan management accounting . ya ampun susah benarrrrr . tambah pulak ade sehari je gap untuk pulun 2 subjek tu . huru hara jadinya . bersengkang mata sehari semalaman untuk wat revision . memang dah mcm panda mata i . OMG . siap lepas ni nak qada' waktu tidur utk yg semalam, semalam, semalam, semalam, semalam, semalam dan yang semalam tu...haaa..nampak x berapa bnyak malam i x tido ??  letih sangat sampaikan masa jawab tadi rasa nak lentok atas meja . tapi x berani la buat . bantai nye lena kat situ dah x berjawab lak paper exam i..haihh..haru jadi nyer !


lega rasa nye dah cuba yang terbaik untuk selesaikan final exam untuk sem 5 ni . dah usaha kena tawakal . lepas ni holiday 2 months....waaahhhh..bagaikan di syurga rasanya :))  lepas ni harus fikir nak buat ape cuti ni selain mengembangkan badan dan urat saraf apabila bersenang lenang di rumah . masuk sem baru classmates dah x kenal sebab dah mengembang macam belon . haha



kan bagus  kalo cuti ni tambahkan bakat memasak..yihuu



ni berangan je lebih..sima oohh sima :p


tak pon yang ni...kroihhh krohhh . AMAN DUNIA !



yang ini pon boleh ! mencekik 24 jam :))


ok....cukup la kot untuk kali ni . selamat bercuti kawan-kawan . ingat shinbe selalu taw :)) insyaAllah ade rezeki panjang umur kita jumpa lagi soon . maasalamah >>>>>





















i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you
for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum, i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face everyday
and it's not too late
to put a smile on your face everyday
and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time

you know you are the number one for me
there's no one in this world that can take your place
love you like you love me
only God knows how much you mean to me


dedicated to my lovely mum :))
RBAAYAH BINTI BASRI
love you very much !!!!





Friday, 9 March 2012

my wish 4 u dear



dear 
this is my wish for you
be yourself
comforts on difficult days
smiles when sadness intrudes
patience to accept the truth
being deeply loved by someone that gives you strength

i love...i hope...i try...i need...i hurt...i fear...i cry
and i know you do the same things too
so, we really not different

please hold my hand when i need you
i dont wish to be everything to you
but i would like to be something to you


love to complete your life :))









Sunday, 19 February 2012

:: L I F E ::




life is an opportunity...benefit from it
life is a beauty...admire it
life is a dream...realize it
life is a challenge...meet it
life is a duty...complete it
life is a game...play it
life is a promise...fulfill it
life is a sorrow...overcome it
life is a song...sing it
life is a struggle...accept it
life is a tragedy...confront it
life is an adventure...dare it
life is luck...make it
life is life...fight for it  !



yeahhh....i'm home !

whoot whooot....seronoknya bila balik rumah sendiri . tak payah nak menghadap ketegangan bila dekat rumah sewa . kerunsingan pergi kampus . letih dah . dapat la rehat sekejap rasa macam dunia ni i yang punya . tapi sekadar 1 week je la . x boleh lebih-lebih ok ! 


kalau tak mesti hari-hari nak mengadap kelas ganti taxation . pagi petang asyik nak blaja pasal taxation . giler ke ape ??  x boleh masuk kepala otak kalau da melebihi had mcm tu . urghhhh


i'm happy right now . boleh bersenang lenang sakan even terperuk dalam rumah je . dapat makan masakan mak . x payah kalut nak pegi sana sini cari makanan bila perut bergendang lagu hindustan ...:)) kbai








Sunday, 29 January 2012

mata ohh mata


assalamualaikum ..... hai everybody !
selamat hari ahad
selamat berhujung minggu yer readers :))

nak share something yang berkaitan dengan entry sebelum ni
pasal mata i yang sepet lagi mengada nak manja-manja sekarang ni
yang merajuk sampai bernanah tu

ha..tu la dia 

ini bukan mainan okey !

pagi-pagi lagi my sister text me 
tetibe terfikir that i have told her about my eyes
ohhh nope !
mungkin dia stalker i punye blog la tu

lepas tu berleter macam-macam
orang tengah sedap exercise guling-guling atas katil
maklum la cuti hujung minggu baru dapat tido lebih sikit kan ?
paksa-paksa i pegi klinik takut bertambah teruk
lepas i bangkang cakap dia
lastly kalah pulak
ayat yang wat i rasa terpaksa pergi jumpa dokte tu berbunyi macam nih
hehe :)
" elok kena 20-30 ringgit nanti tak pasal-pasal jadi beratus "
ok...malas  nak terang maksud ayat tu...+_+


so, i terpaksa mintak tolong my fren utk bawak pegi klinik sbb i xde transport
thanks so much to esy nadia :DD
ronda merata nak cari klinik sebab hari ni klinik banyak yg tutup

dapat ubat sampai 4 jenis
antibiotik
bengkak
ubat titis
ubat sapu

perlu ke letak ubat atas buku taxation tu =_=


sangat tak suka untuk makan ubat-ubat tu
euwwwww....
sbb tu la i lemah sangat nak pegi klinik
zzzzzzz


cukup setakat ni
malas nak bebel panjang-panjang
better doakan abah yang insyaAllah akan operate esok hari
* kalau takde aral melintang

....sekian....




Friday, 27 January 2012

penyakit ape la kat mata ni



hallooo..hallooo..halloo

satu-satu dugaan datang . bangun tido semalam mata tetiba pedih macam ade something yang singgah . pas mandi tengok kat cermin da macam ade nanah kat dalam mata tu . ape benda tu ?? hari ni da semakin membengkak . maybe kena sengat something kot tapi x pasti ape benda . macam mana nak kasi elok ni . i da la x suka pegi klinik . takut effect lain je nanti .  kesian mata i .  da la sepet . kalau dah plus dengan bengkak macam dah nak tertutup pulak . harap esok pagi da semakin surut . jangan lagi membengkak dah la . haruuuuu

taNda Si Dia AdaLah jodOh Kita


salam alaik
terima kasih pada yang sudi menjenguk blog ni 
x berhupdate dan still menghadap cerita yang sama bila bukak kan.. ? hewhew
hari ni baru diberi kesempatan dan peluang untuk kongsi cerita sama teman-teman yarrrr
kalau kongsi cerita entah pape pon bosan jugak kan
better tak payah update !


ok...straight to the point =_=
tadi masa berpesbuk tetiba terlihat something yang rasa boleh kongsi dengan ramai orang
maklum la umur pon makin lama makin meningkat
makin dah hampir dengan alam perkahwinan...insyaAllah :))
mari ramai-ramai
pakat baca yer......
tentang 10 tanda si dia adalah JODOH kita..pritttttt


::  BERSAHAJA  ::

si dia bersikap bersahaja dan tak berlakon means x cover-cover macho / cun . cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa , serta cara makan dan minum . kalau nampak lain macam je tu maknanya hanya sandiwara lah semata-mata . berlakon punye manusia lah tu .


::  SENANG BERSAMA  ::

even selalu bersama , tidak ada sedikit pon rasa bosan , jemu atau tertekan dalam diri kita . semakin hari semakin sayang pada dia . sentiasa tenang malah dia mampu jadi pengubat kedukaan kita .



::  TERIMA KITA SEADANYA  ::

apapun kekurangan dan kelemahan kita , dia langsung tidak pernah pertikaikan . menerima kita seadanya walaupun diri penuh kekurangan . yerla, manusia takde yang sempurna pon melainkan Dia yang satu . 


::  SENTIASA JUJUR  ::


dia tak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama . sikap jujur yang dipamerkan mampu menarik hati kita . kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan melainkan kalau si dia memang johan putar belit cerita . mana ade orang yang suka kawan dengan si penipu . dah la menipu , menyakitkan hati pulak tu .


::  PERCAYA MEMPERCAYAI  ::

setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . adakalanya kita perlu kongsi rahsia tersebut untuk kurangkan beban yang ditanggung . bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya antara satu sama lain timbul dalam dari dalam hati nurani mereka .  *** yerke ? hehe..rasa macam lagi banyak syak wasangka ade la..


::  SENANG BEKERJASAMA  ::


bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang , kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui liku kehidupan dan menghadapi segala perkara yang sukar dan remeh . ini kerana suatu hari nanti kita harus memikul satu tanggungjawab yang cukup besar bersama dengannya .



::  MEMAHAMI DIRI KITA  ::

ini sangat penting . x perlulah rupa setampan artis pujaan malaya tapi tak pernah memahami diri  kita . si dia sangat memahami diri pasangannya . semasa kita berduka , dialah yang menjadi penghibur . apabila kita mengalami kesusahan , dia yang membantu . di kala kita berleter , dia juga lah yang sudi menjadi pendengar . dia selalu ada bersama dalam setiap situasi . tidak kira sedang berduka atau gembira , dia sentiasa ada untuk kita . 


::  TAMPILKAN KELEMAHAN  ::

tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ini . pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . sudah tentu bukan mudah untuk memberitahu dan mengakui kelemahan diri kita di hadapan kekasih . malah dia pon tidak segan dalam mempamerkan keburukannya kepada kita .


::  KATA HATI  ::

dengarlah kata hati . kadangkala manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . dengan deria batin ini jugalah kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. kita dan dia  juga dapat membaca fikiran dan dapat menduga tindak balas si dia pada situasi tertentu .


::  SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL  ::

jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT . manusi hanya perancang pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa . dalam memainkan peranan sebagai pelakon , kita diberi petunjuk melalui mimpi dan gerak hati . mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izinnya kita akan mendapat petunjuk dariNya. setelah semuanya telah diusahakan , berserahlah kepadaNya dan terus berdoa . nikmat di dunia ini hanyalah untuk sementara . nikmat di akhirat adalah kekal selamanya .


sekian , wassalam .