assalamualaikum
terima kasih kepada pembaca budiman
yang sering singgah di velog ini
harap sume sihat2 belaka :)
tak nak cerita panjang
semestinya setiap wanita di dunia ini ingin belaian & kasih sayang dari seorang lelaki
di sini bukan bermaksud kekasih atau cinta monyet
tetapi si isteri yang mendambakan seorang suami
yang
BERTANGGUNGJAWAB
bukan setakat untuk isteri malah untuk anak-anak. setiap suami haruslah memiliki rasa tanggungjawab di dalam sesebuah rumahtangga untuk mengelakkan isteri terabai dari segi nafkah dan keperluan. sesungguhnya apa yang ada pada isteri adalah tanggungjawab suaminya walaupun isteri tu degil dan tak dengar cakap.
begitu juga terhadap anak-anak. if belum betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab, janganlah mengimpikan sebuah rumahtangga yang hanya mengikut desakan hawa nafsu semata-mata. impaknya sangat besar dan kita sedia maklum banyak rumahtangga yang hancur akibat tiada rasa tanggungjawab.
MENERIMA SEADANYA
kalau boleh terima seadanya pasangan kita walaupun dia gemuk, tak comel, tak cantik macam model, tak pandai bersolek. kadang-kadang siap pesan
ok ! nanti lepas kawen i x nak tgk badan u gemuk macam belon =_=
padahal dia gak yang tiup sampai jadi belon. kan kan kan ?
bukan nak lucah kat sini ok !
jangan la sampai macam tu. kalau da ditakdirkan badan isteri tu banyak lemak nak buat macam mana...haha
apa kata kalau suami jangan banyak bunyi. just kumpul duit untuk hantar isteri g SLIM WORLD kasi badan ramping semula..ahaksss..senang citer kan??
semua tu hanya luaran. yang indahnya adalah bila hati kita bersih dan 'nur' nya akan terpapar di sebalik wajah yang bukan macam model tadi tu. setuju x korang?? apa yang tercipta untuk kita masing2 ada keistimewaan yang kadang2 kita sendiri tak perasan. x semestinya muka putih hati pun putih dan x semestinya muka gelap hati pun gelap yer kawan-kawan. ingat tu !
tapi kat dunia ni ada macam-macam orang & perangai yang kita boleh jumpa
ada yg paras rupa cantik tapi perangai x berapa cantik
ada yang cantik rupa,perangai dan akhlaknya..untunglah kan??
ada yang perangai langsung tak senonoh..huhh
macam-macam lahhhh
oke ! boleh pilih nak yang mana 1...:)
MENDIDIK & MEMIMPIN KE ARAH KEBAIKAN
"sayang...boleh x kalau tutup aurat tu biar sempurna sikit. bagi abang tengok sorang cukup la.
aurat sayang tanggungjawab abang taw !"
"bangun solat sayang. kan dah azan tu. nanti terlepas waktu subuh pulak"
"sekarang sayang dah jadi tanggungjawab abang. boleh tak lepas ni sayang dengar cakap abang, cuba jangan tinggi suara dengan abang , besederhana dalam pertuturan , urus dengan baik rumahtangga kita , jangan cerita masalah dan keaiban abang dan rumahtangga kita dengan orang lain , jaga tingkah laku , sama-sama didik anak-anak kita"
jangan salah faham tau. tu dialog suami dengan isteri. bukan boipren ngan gelpren ! haha...cukup2 da berangan tu ok. nanti terbayang2 pulak. hee
untung kan kalau dapat suami macam tu. di sini i nak bagi taw yang i memang nak suami macam tu ! haha
TIDAK MENZALIMI ISTERI
waaaaaaaaaa....takut sangat dapat suami macam ni. sikit-sikit naik tangan. tak boleh salah sikit. yang dia tau kalau wat salah mesti hukum ngan rotan , pelempang , tali pinggang. pastu rasa nak berbaik pujuk balik then merayu-rayu mintak maaf. lepas tu esok lusa rembat bini tu lagi. damn 0_0
mana boleh macam tu. isteri bukan bola tampar sesuka hati nak tampar or tumbok
dan bukan juga bola sepak yang boleh sepak tiap masa
bukan juga bola golf yang kena pukul sekuat hati sampai terpelanting jauh.
if isteri salah sekalipun, ada cara-cara untuk menghukum
mula-mula boleh nasihat.....if x dengar jugak asingkan tempat tidur....kalau x berhasil jugak baru boleh pukul. tapi ada carannya. bukan main hentam je !
PRIHATIN DAN PENYAYANG
yeayyyyy...suka suka suka !!!! :))
seronok kan bila kita dapat rasa kasih sayag seorang suami. kena belai , rasa dihargai...bila sakit ada yang jaga dan temankan. setiap pagi dapat kucupan kasih sayang.
"sayang demam ni. lepas abang demah ni makan bubur sikit ek. abang masakkan untuk sayang. lepas tu boleh makan ubat . nak cepat baik kan?
dengar cakap abang yer sayang. x elok biar sakit tu lama-lama. nanti melarat kan susah"
"sayang.....abang pergi keje dulu yer. jangan lupa kunci pintu. hati-hati kat rumah tau. ade ape-ape yang x kena jangan lupa call abang. mmmuahh "(cium dahi)
sekali lagi diingatkan bahawa dialog di atas adalah anntara suami dan isteri :)
MEMBERI NAFKAH ZAHIR & BATIN
pasti !!!!! yang zahir adalah seperti wang belanja memandangkan harta suami adalah harta isteri juga. tetapi harta isteri x boleh share dengan suami. wink wink
tapi eloknya bila dah hidup sama-sama harus lah share segalanya. baru la bahagia rumahtangga.
tak lupa juga keperluan isteri seperti pakaian , makanan dan tempat tinggal.
batin???? jeng jeng jeng...
janganlah terlalu memaksa dan mendesak isteri setiap khamis malam jumaat walaupun sunat hukumnya dan terdapat pahala di situ.
isteri juga perlu persediaan rohani dan jasmani untuk menghadapinya. kadang-kadang letih uruskan rumahtangga, kerjaya lagi. fikir-fikirlah sikit yer suami....hehe
isteri pula janganlah tiap masa nak letih nye....fikirlah juga keperluan suami tu..yeahhh !
peringatan : tolong fikir positive tentang kenyataan di atas ! :)
ya Allah
jika aku RINDU
jagalah rinduku
agar tidai lalai untuk meRINDUi syurgaMu..
jika kau halalkan aku
untuk meRINDUi kekasihmu
jangan biar aku melepasi batas sehingga lupa pada cinta hakiki
dan rindu abdi hanya kepadaMu..
jika aku menikmati CINTA kekasihmu
jaga dan peliharalah kenikmatan CINTA itu
agar tidak setanding dengan cintaku kepadaMu...
oke ! jumpa lg entry akan datang !
bubbye.....maassalamah ^_^


No comments:
Post a Comment