Wednesday, 2 May 2012

bubbye 'ketegangan' dan hello 'ketenangan'



assalamualaikum...

prittttttt.....hehe..memang dah lama sangat tak jenguk blog ni . berbulan jugak la kan ? siap dah tukar lagu baru lagi tu . harus up to date la sebab kadang-kadang i pon bosan dengar lagu yang sama . wink wink :p
nak share something lah nampaknya bila dah post entry ni . something ??? xde la special sangat . cuma nak share perasaan i hari ni . hari ni rasa puas sangat sebab dah merdeka . yeahhh !!! saya dah habis semester 5 la kawan-kawan . nak riuh sekampung boleh tak . bila lagi nak heboh-heboh....* macam dah abis diploma pulak lagi 1 sem cik sima oiii . hujung tahun ni baru grad . insyaAllah ( harap2 tak bertambah sem)




alhamdulillah . terima kasih Ya Allah sebab permudahkan segala urusan dan sentiasa bagi kekuatan pada hambamu ini . memang sem 5 ni terlalu menduga kesabaran dalam menuntut ilmu . final 4 paper . semua nyer killer paper . bermula dengan paper taxation (teori + kira-kira) . selang 4 hari diikuti paper auditing (teori ) .  and then untuk hari ni ade 2 paper kira-kira iaitu financial accounting 3 dan management accounting . ya ampun susah benarrrrr . tambah pulak ade sehari je gap untuk pulun 2 subjek tu . huru hara jadinya . bersengkang mata sehari semalaman untuk wat revision . memang dah mcm panda mata i . OMG . siap lepas ni nak qada' waktu tidur utk yg semalam, semalam, semalam, semalam, semalam, semalam dan yang semalam tu...haaa..nampak x berapa bnyak malam i x tido ??  letih sangat sampaikan masa jawab tadi rasa nak lentok atas meja . tapi x berani la buat . bantai nye lena kat situ dah x berjawab lak paper exam i..haihh..haru jadi nyer !


lega rasa nye dah cuba yang terbaik untuk selesaikan final exam untuk sem 5 ni . dah usaha kena tawakal . lepas ni holiday 2 months....waaahhhh..bagaikan di syurga rasanya :))  lepas ni harus fikir nak buat ape cuti ni selain mengembangkan badan dan urat saraf apabila bersenang lenang di rumah . masuk sem baru classmates dah x kenal sebab dah mengembang macam belon . haha



kan bagus  kalo cuti ni tambahkan bakat memasak..yihuu



ni berangan je lebih..sima oohh sima :p


tak pon yang ni...kroihhh krohhh . AMAN DUNIA !



yang ini pon boleh ! mencekik 24 jam :))


ok....cukup la kot untuk kali ni . selamat bercuti kawan-kawan . ingat shinbe selalu taw :)) insyaAllah ade rezeki panjang umur kita jumpa lagi soon . maasalamah >>>>>


















No comments:

Post a Comment