Thursday, 7 June 2012

bersama kesulitan ada kemudahan



assalamualaikum dan selamat pagi semua . 
pagi ni tetiba lepas breakfast 6 suap nasi lemak timbul lah niat untuk mencoret sedikit di laman blog yang dah lama tak post entry ni . yerla , 'belaan' i semua dah tidur lena diulit mimpi bertemankan botol susu dan bantal bucuk mereka . yayaya...sangat suka hati ! seronok gak jadi babysitter ni kan ? melayan kerenah budak-budak yang baru nak pandai berjalan, cakap pon pelat-pelat tak paham sepatah haram . tapi keletah dorang kadang-kadang sehingga dapat menggirangkan hati yang keluh kesah .

keluh kesah sebab ape ? ok...macam ni ceritanya . kadang-kadang terdetik dekat hati kenapa kita kat dunia ni adakalanya seringkali ditimpa musibah dan kesulitan . sebagai contoh , bila tengok bersamamu kat tv3 tu . dah diberi kesengsaraan hidup lepas tu ditimpa pula dengan pelbagai masalah lain seperti sakit , kehilangan upaya . secara logiknya kita sebagai salah seorang yang bernasib baik mesti terfikir mengapa mereka yang susah lagi ditambah kesusahan . haa..ayat faham-faham sendiri la ek . sedangkan yang senang dan mewah nampak seperti tidak diberi ujian sebegitu seperti yang kurang bernasib baik . 

sebenarnya bukan begitu . setiap makhluk di muka bumi Allah ini akan dilimpahkan rezeki dan juga diberi musibah serta ujian . yang kita lihat si yang kurang bernasib baik , mungkin mereka tidak diberikan kemewahan harta dan darjat , tetapi dikurniakan rezeki seperti zuriat yang ramai untuk menambah umat dan menjadi khalifah di bumi Allah. yang si kaya pula diberi kemewahan dan mereka diuji dengan kemewahan tersebut . adakah mereka bersyukur atau sebaliknya ? adakah mereka melalaikan diri untuk mencari dan menambah lagi kemewahan tersebut ? adakah mereka menggunakan kemewahan yang diberikan dengan cara yang betul ? 

Allah itu maha adil . tidak ada konsep berat sebelah . yang pasti nya setiap kesulitan, ujian, dugaan, kesengsaraan tersebut disebaliknya ada terselit kemudahan . hidup ni diibaratkan seperti roda yang sentiasa berputar . keadaan kita akan selalu berubah kadang di atas dan kadang di bawah . 

Rasulullah sendiri mengalami kesulitan hidup dan ditimpa pelbagai musibah dalam kehidupannya . baginda dicaci, dimaki, dilontar batu dan sebagainya . sungguh luar biasa ketabahan Rasulullah SAW . kunci utama kita sebagai manusia adalah tidak seharusnya putus asa jika ditimpa kesulitan hidup . yakinlah bahawa jika kesulitan tersebut telah sampai ke puncaknya, insyaAllah ia akan berakhir dan hadirnya kemudahan dan jalan penyelesaian .

seharusnya kita selalu berprasangka baik atas ketentuan Allah SWT terhadap diri kita kerana pasti itu yang terbaik . jangnlah merasa terhimpit walau sedikit pon kerana suatu masa nanti keadaan pasti akan berubah . dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar . wallahua'lam .


Wednesday, 2 May 2012

bubbye 'ketegangan' dan hello 'ketenangan'



assalamualaikum...

prittttttt.....hehe..memang dah lama sangat tak jenguk blog ni . berbulan jugak la kan ? siap dah tukar lagu baru lagi tu . harus up to date la sebab kadang-kadang i pon bosan dengar lagu yang sama . wink wink :p
nak share something lah nampaknya bila dah post entry ni . something ??? xde la special sangat . cuma nak share perasaan i hari ni . hari ni rasa puas sangat sebab dah merdeka . yeahhh !!! saya dah habis semester 5 la kawan-kawan . nak riuh sekampung boleh tak . bila lagi nak heboh-heboh....* macam dah abis diploma pulak lagi 1 sem cik sima oiii . hujung tahun ni baru grad . insyaAllah ( harap2 tak bertambah sem)




alhamdulillah . terima kasih Ya Allah sebab permudahkan segala urusan dan sentiasa bagi kekuatan pada hambamu ini . memang sem 5 ni terlalu menduga kesabaran dalam menuntut ilmu . final 4 paper . semua nyer killer paper . bermula dengan paper taxation (teori + kira-kira) . selang 4 hari diikuti paper auditing (teori ) .  and then untuk hari ni ade 2 paper kira-kira iaitu financial accounting 3 dan management accounting . ya ampun susah benarrrrr . tambah pulak ade sehari je gap untuk pulun 2 subjek tu . huru hara jadinya . bersengkang mata sehari semalaman untuk wat revision . memang dah mcm panda mata i . OMG . siap lepas ni nak qada' waktu tidur utk yg semalam, semalam, semalam, semalam, semalam, semalam dan yang semalam tu...haaa..nampak x berapa bnyak malam i x tido ??  letih sangat sampaikan masa jawab tadi rasa nak lentok atas meja . tapi x berani la buat . bantai nye lena kat situ dah x berjawab lak paper exam i..haihh..haru jadi nyer !


lega rasa nye dah cuba yang terbaik untuk selesaikan final exam untuk sem 5 ni . dah usaha kena tawakal . lepas ni holiday 2 months....waaahhhh..bagaikan di syurga rasanya :))  lepas ni harus fikir nak buat ape cuti ni selain mengembangkan badan dan urat saraf apabila bersenang lenang di rumah . masuk sem baru classmates dah x kenal sebab dah mengembang macam belon . haha



kan bagus  kalo cuti ni tambahkan bakat memasak..yihuu



ni berangan je lebih..sima oohh sima :p


tak pon yang ni...kroihhh krohhh . AMAN DUNIA !



yang ini pon boleh ! mencekik 24 jam :))


ok....cukup la kot untuk kali ni . selamat bercuti kawan-kawan . ingat shinbe selalu taw :)) insyaAllah ade rezeki panjang umur kita jumpa lagi soon . maasalamah >>>>>





















i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you
for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum, i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face everyday
and it's not too late
to put a smile on your face everyday
and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time

you know you are the number one for me
there's no one in this world that can take your place
love you like you love me
only God knows how much you mean to me


dedicated to my lovely mum :))
RBAAYAH BINTI BASRI
love you very much !!!!





Friday, 9 March 2012

my wish 4 u dear



dear 
this is my wish for you
be yourself
comforts on difficult days
smiles when sadness intrudes
patience to accept the truth
being deeply loved by someone that gives you strength

i love...i hope...i try...i need...i hurt...i fear...i cry
and i know you do the same things too
so, we really not different

please hold my hand when i need you
i dont wish to be everything to you
but i would like to be something to you


love to complete your life :))









Sunday, 19 February 2012

:: L I F E ::




life is an opportunity...benefit from it
life is a beauty...admire it
life is a dream...realize it
life is a challenge...meet it
life is a duty...complete it
life is a game...play it
life is a promise...fulfill it
life is a sorrow...overcome it
life is a song...sing it
life is a struggle...accept it
life is a tragedy...confront it
life is an adventure...dare it
life is luck...make it
life is life...fight for it  !



yeahhh....i'm home !

whoot whooot....seronoknya bila balik rumah sendiri . tak payah nak menghadap ketegangan bila dekat rumah sewa . kerunsingan pergi kampus . letih dah . dapat la rehat sekejap rasa macam dunia ni i yang punya . tapi sekadar 1 week je la . x boleh lebih-lebih ok ! 


kalau tak mesti hari-hari nak mengadap kelas ganti taxation . pagi petang asyik nak blaja pasal taxation . giler ke ape ??  x boleh masuk kepala otak kalau da melebihi had mcm tu . urghhhh


i'm happy right now . boleh bersenang lenang sakan even terperuk dalam rumah je . dapat makan masakan mak . x payah kalut nak pegi sana sini cari makanan bila perut bergendang lagu hindustan ...:)) kbai








Sunday, 29 January 2012

mata ohh mata


assalamualaikum ..... hai everybody !
selamat hari ahad
selamat berhujung minggu yer readers :))

nak share something yang berkaitan dengan entry sebelum ni
pasal mata i yang sepet lagi mengada nak manja-manja sekarang ni
yang merajuk sampai bernanah tu

ha..tu la dia 

ini bukan mainan okey !

pagi-pagi lagi my sister text me 
tetibe terfikir that i have told her about my eyes
ohhh nope !
mungkin dia stalker i punye blog la tu

lepas tu berleter macam-macam
orang tengah sedap exercise guling-guling atas katil
maklum la cuti hujung minggu baru dapat tido lebih sikit kan ?
paksa-paksa i pegi klinik takut bertambah teruk
lepas i bangkang cakap dia
lastly kalah pulak
ayat yang wat i rasa terpaksa pergi jumpa dokte tu berbunyi macam nih
hehe :)
" elok kena 20-30 ringgit nanti tak pasal-pasal jadi beratus "
ok...malas  nak terang maksud ayat tu...+_+


so, i terpaksa mintak tolong my fren utk bawak pegi klinik sbb i xde transport
thanks so much to esy nadia :DD
ronda merata nak cari klinik sebab hari ni klinik banyak yg tutup

dapat ubat sampai 4 jenis
antibiotik
bengkak
ubat titis
ubat sapu

perlu ke letak ubat atas buku taxation tu =_=


sangat tak suka untuk makan ubat-ubat tu
euwwwww....
sbb tu la i lemah sangat nak pegi klinik
zzzzzzz


cukup setakat ni
malas nak bebel panjang-panjang
better doakan abah yang insyaAllah akan operate esok hari
* kalau takde aral melintang

....sekian....




Friday, 27 January 2012

penyakit ape la kat mata ni



hallooo..hallooo..halloo

satu-satu dugaan datang . bangun tido semalam mata tetiba pedih macam ade something yang singgah . pas mandi tengok kat cermin da macam ade nanah kat dalam mata tu . ape benda tu ?? hari ni da semakin membengkak . maybe kena sengat something kot tapi x pasti ape benda . macam mana nak kasi elok ni . i da la x suka pegi klinik . takut effect lain je nanti .  kesian mata i .  da la sepet . kalau dah plus dengan bengkak macam dah nak tertutup pulak . harap esok pagi da semakin surut . jangan lagi membengkak dah la . haruuuuu

taNda Si Dia AdaLah jodOh Kita


salam alaik
terima kasih pada yang sudi menjenguk blog ni 
x berhupdate dan still menghadap cerita yang sama bila bukak kan.. ? hewhew
hari ni baru diberi kesempatan dan peluang untuk kongsi cerita sama teman-teman yarrrr
kalau kongsi cerita entah pape pon bosan jugak kan
better tak payah update !


ok...straight to the point =_=
tadi masa berpesbuk tetiba terlihat something yang rasa boleh kongsi dengan ramai orang
maklum la umur pon makin lama makin meningkat
makin dah hampir dengan alam perkahwinan...insyaAllah :))
mari ramai-ramai
pakat baca yer......
tentang 10 tanda si dia adalah JODOH kita..pritttttt


::  BERSAHAJA  ::

si dia bersikap bersahaja dan tak berlakon means x cover-cover macho / cun . cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa , serta cara makan dan minum . kalau nampak lain macam je tu maknanya hanya sandiwara lah semata-mata . berlakon punye manusia lah tu .


::  SENANG BERSAMA  ::

even selalu bersama , tidak ada sedikit pon rasa bosan , jemu atau tertekan dalam diri kita . semakin hari semakin sayang pada dia . sentiasa tenang malah dia mampu jadi pengubat kedukaan kita .



::  TERIMA KITA SEADANYA  ::

apapun kekurangan dan kelemahan kita , dia langsung tidak pernah pertikaikan . menerima kita seadanya walaupun diri penuh kekurangan . yerla, manusia takde yang sempurna pon melainkan Dia yang satu . 


::  SENTIASA JUJUR  ::


dia tak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama . sikap jujur yang dipamerkan mampu menarik hati kita . kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan melainkan kalau si dia memang johan putar belit cerita . mana ade orang yang suka kawan dengan si penipu . dah la menipu , menyakitkan hati pulak tu .


::  PERCAYA MEMPERCAYAI  ::

setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . adakalanya kita perlu kongsi rahsia tersebut untuk kurangkan beban yang ditanggung . bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya antara satu sama lain timbul dalam dari dalam hati nurani mereka .  *** yerke ? hehe..rasa macam lagi banyak syak wasangka ade la..


::  SENANG BEKERJASAMA  ::


bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang , kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui liku kehidupan dan menghadapi segala perkara yang sukar dan remeh . ini kerana suatu hari nanti kita harus memikul satu tanggungjawab yang cukup besar bersama dengannya .



::  MEMAHAMI DIRI KITA  ::

ini sangat penting . x perlulah rupa setampan artis pujaan malaya tapi tak pernah memahami diri  kita . si dia sangat memahami diri pasangannya . semasa kita berduka , dialah yang menjadi penghibur . apabila kita mengalami kesusahan , dia yang membantu . di kala kita berleter , dia juga lah yang sudi menjadi pendengar . dia selalu ada bersama dalam setiap situasi . tidak kira sedang berduka atau gembira , dia sentiasa ada untuk kita . 


::  TAMPILKAN KELEMAHAN  ::

tiada sesiapa yang sempurna dalam dunia ini . pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . sudah tentu bukan mudah untuk memberitahu dan mengakui kelemahan diri kita di hadapan kekasih . malah dia pon tidak segan dalam mempamerkan keburukannya kepada kita .


::  KATA HATI  ::

dengarlah kata hati . kadangkala manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . dengan deria batin ini jugalah kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. kita dan dia  juga dapat membaca fikiran dan dapat menduga tindak balas si dia pada situasi tertentu .


::  SOLAT ISTIKHARAH DAN TAWAKAL  ::

jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT . manusi hanya perancang pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa . dalam memainkan peranan sebagai pelakon , kita diberi petunjuk melalui mimpi dan gerak hati . mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk , insyaAllah dengan izinnya kita akan mendapat petunjuk dariNya. setelah semuanya telah diusahakan , berserahlah kepadaNya dan terus berdoa . nikmat di dunia ini hanyalah untuk sementara . nikmat di akhirat adalah kekal selamanya .


sekian , wassalam .







Sunday, 25 December 2011

coretan kasih sebelum pergi

...assalamualaikum...

hanya tinggal beberapa jam dari sekarang aku bakal menyambung langkah untuk menggenggam segulung diploma . dengan rasa berat hati aku terpaksa melangkah pergi meninggalkan mak dan abah sekali lagi . ini bukan pertama kali hidup berjauhan dari mereka . tapi mungkin keadaan sekarang jauh berbeza dari sebelum ini . ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini untuk menempuh liku-liku kehidupan dan ujian darimu serta tingkatkanlah kesabaran ku demi membahagiakan kedua ibu bapaku . 


abah ,
sima tau abah seorang ayah yang kuat , membesarkan anak-anak dengan penuh dedikasi , memberi didikan agama secukupnya , memikul tanggungjawab dengan sebaiknya , sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak dan memohon perlindungan untuk anak-anak di dunia dan di akhirat . abah kena terus kuat untuk tempuh dugaan ni . insyaAllah satu hari nanti Allah bagi kesembuhan pada abah . boleh berjalan seperti dulu . sima nak sangat tunggu saat-saat tu. rindu sangat abah yang dulu....


mak,
mak memang seorang isteri yang taat dan setia pada abah, sampai saat ni mak tak pernah mengalah berusaha untuk sembuhkan abah . besar pengorbanan mak pada kami semua . setiap saat mak akan jaga abah , bantu abah saat dia memerlukan . kami semua  tak mampu jadi macam mak . u are the best mother in the world . dalam keadaan sekarang kita semua kena kuat supaya dapat bagi dorongan kat abah . jasa mak terlalu besar.


saat sima tulis semua ni mak dan abah sedang lena tidur . sengaja sima lepaskan segalanya kat sini sehingga mengalirkan air mata tanpa disedari kerana pada esok hari sima tak nak mak dan abah nampak kesedihan sima saat  sima kucup tangan mak dan abah . sayang mak dan abah . doakan kejayaan sima yer.  




Saturday, 24 December 2011

kenapa pilih 'dia' ?

salam alaik . ok . nak share sikit kat sini tentang i dan cinta hati . kalau rasa x sudi nak baca boleh tutup mata tak pon just klik tanda X dekat atas belah kanan tu . hakh.. dalam tempoh perkenalan hampir 4 tahun mesti ade sebab kenapa 'dia' yang menjadi pilihan i . kenapa mesti 'dia' . kenapa bukan orang lain ? ewahh ewahhh

i pilih dia mungkin ade sebab tertentu dan rasa tak perlu cerita di khalayak ramai kan ? biarlah hanya kami berdua yang tau . haha...mesti ade rasa macam nak baling i dengan selipar jamban dan siap kutuk beria starting macam nak cerita sangat, last-last da tak jadi cerita pulak . tapi seriously seronok sangat kawan dengan 'dia' . tu la sebab pipi ni semakin kembang sebab asyik ketawa melayan keletah 'dia' .

lastly , doakan 1 hari nanti kami akan disatukan yer kawan-kawan . terima kaseh :))



Thursday, 22 December 2011

perjalanan semalam

halloooo ebelibadiiii . hari ni baru diberi kesempatan untuk post new entry . kenapa ? mengapa ? bagaimana ? biar tuan velog sahaja yang tahu . u all pon tak nak tau sebab ape kan kan kan ? hehe... nak share tentang hari semalam di mana  i telah mendaftar sebagai pelajar diploma akauntansi politeknik ungku omar untuk semester 5...yeahhhh ! lepas ni tinggal 1 sem je lagi untuk grab my diploma . *harap-harap la . semoga dipermudahkan .
mestilah berkobar-kobar kan ? banyak misi dan visi ada dalam kepala ni dan i akan usaha sebaik mungkin untuk capai ape yang dihajati . 

sepanjang berada di ipoh i tumpang stay rumah auntie kawan i (zimah) dekat medan gopeng . agak jauh la nak sampai poli . padahal bukan tak de rumah sewa sendiri . disebabkan langsung x bawak barang-barang lagi , rasa malas sangat nak jejak rumah sewa . mayb i'll be there next week . memang cadang nak gerak naik moto je pegi kampus even moto tu roadtax da expired . hentam la sebab yakin  tak de road block . sekali helmet pulak tak de . auntie kawan i pegi bagi adik dia pinjam . tak de roadtax boleh lagi nak curi-curi bawak  , tapi kalau tak de helmet memang melampau-lampau la . nampak sangat buat salah nyahhhh !  kad matrik pon tinggal kat kampong . ahhhhhh...elok pulak tu dua-dua careless . pagi tu actually registeration start jam 8.30 pagi tak silap i . disebabkan kami mengharapkan belas kasihan orang untuk anta , sume berantakan . tapi syukur lah ada yang sanggup hantar kan ?  tak lalu nak menapak pegi kampus . jauhhh !

sampai traffic light yang dah dekat sangat dengan poli , tengok-tengok ade student yang dah gerak balik . jelas kelewatan di situ yer kawan-kawan . berbaris pon entah dah giliran ke berapa . tapi i tak kiralah , sekali sekala main tolak-tolak macam budak skola rendah apa salahnya . *hidup harus bijak :))

punya lah x ready nak register , slip e-daftar tertinggal kat kampong . OMG . nasib la x mintak time tu . tapi ade 1 benda yang pihak poli nak tapi i x boleh nak ada kan wat masa tu . final report yang dah siap dijilid . gelabah la kat dewan warisan tu . sepatutnya dah boleh berbangga yang final report dah jilid tapi sebab malam tu i sampai ipoh dah pukul 11 mlm dan kedai tu dah tutup. huhhh....siap kena pedajal dengan lecturer sebab time dia mintak resit kedai jilid tu i terbagi resit masa shopping kat the store . hahaha...ni gelabah punye pasal la . 

lecturer : sekarang awak tulis belakang resit ni nama awak
me :  .......... ok ! dah . lagi ?
lecturer : no matrik 
me : dahhhh
lecturer :  tulis pulak kat bawah ni aku janji 
me : what ? aku janji ??
lecturer : yela . tulis ape yang saya cakap taw
me : (dengan redha sebab dah buat salah) ok !
lecturer :  tulis taw ! saya berjanji akan blah blah blahhh...sambil senyum-senyum

yang aku pon khusyuk tulis sambil gelak-gelak . rasa macam sedang diperdaya . 

me : lepas tu nak watpe dengan kertas ni ? bagi kat puan ? nanti saya tak boleh nak amik report tu kat kedai kalau saya bagi resit ni kat puan .
lecturer : awak simpanlahhhhh
me : wakenabebbbbb...dia sengaja mainkan aku . sumpah macam orang bodoh masa tu .

nasib la kau lecturer kan ? gurau-gurau ceriakan suasana even muka da merah-merah masa tu . hentam la . then classmate bagitau ade pendaftaran modul after zohor . i pulak dah decide awal-awal nak balik kampong tengah hari tu .  ahhhh....yang lepas-lepas x da pulak nak daftar modul waktu petang . dengan selamba balik rumah auntie zimah dan rasa nak daftar modul lain hari . tetiba ondaway balik ternampak tutti frutti yang baru je bukak kat area ipoh . memang mengidam sangat la sampai suruh teksi berhenti turunkan kami tepi jalan .
tak nak cerita panjang . sila lihat pict di bawah :DDD


muka tak saba nak melantak tutti frutti


yang ni pon same . cuma pandai la cover sikit muka x saba tu






semua nak kaler turqoise




tetiba rasa macam  dah lama sangat makan benda tu tapi tak habis-habis  .then terus gerak balik just seberang jalan and jalan ke depan sikit dah sampai rumah . tengah sibuk kemas-kemas terfikir pulak risiko daftar modul lewat-lewat . terdetik kat hati nak call lecturer tanya  tak pe ke  kalau daftar modul hari lain . takkkkk bolehhhhhhh...ok ! batalkan niat nak balik kampong petang tu jugak . after zohor terus siap-siap g kampus lagi sekali . kali ni tetap jadi orang terakhir sampai kelas . start 2.30 ptg tapi pukul 3.30 ptg baru sampai . sementara tunggu uncle and auntie zimah bersiap nak hantar kami pegi kampus sempat la layan kerenah si kecil batrisya nihh

batrisya yang comel dan manja . then suka senyum tayang gigi dia 
yang baru nak tumbuh tu 


sejam main dengan dia sampai dah nak celup kaki kat kolam ikan si comel nihh . sampai  je kelas memang dah takut nak masuk sbb dah terlewat sangat . kebetulan time tu lecturer tengah jawab panggilan dan menghadap arah lain, i dan zimah curi-curi masuk dan x bagi salam sebab takut lect perasan akan kehadiran kami. ngeh ngeh ngehhh...masuk dengan muka selambe duduk belakang sekali wat muka x bersalah konon rasa dah selamat sangat la tuuu .

tetiba.......

lect : mana yang ondaway tadi . tak sampai lagi ke ?

hahahaha.....da tak tentu arah la i dengan si zimah ni . dengan rasa bersalah angkat tangan dengan kelajuan jantung mengepam darah 150km/jam . kena panggil pergi depan sebab kena amik borang dan isi modul untuk semester ni . sambil tu kena jawab macam-macam soalan . sape suruh datang lewat . gasak la kau nyahhhh

da setel semua we all keluar dari pagar kampus dengan kaki i yang melecet-lecet . pedihhhh nye sampai sekarang tak hilang . dah gelembung pulak tu . kasut baru memang macam tu la . tapi orang cakap gigit dulu sebelum pakai untuk elakkan kaki melecet . ohhhh...tak tergamak nak gigit kasut . banyak lagi makanan kat lua sana . hehe...penyelesaian nye lepas ni pakai lah stokin yer cik sima.

dengan kaki yang sakit tu still ligat nak berjalan pegi jusco cuci mata . tapi tak boleh lama-lama sangat sebab takut terkantoi pegi shopping . x sampai sejam pon pusing-pusing dalam jusco tu then patah balik poli . tunggu la uncle zimah pick up we all . konon jadi penunggu setia la padahal da sempat makan angin kat jusco...hahaha

after that sempat singgah pasar malam before tiba kat rumah . last-last keesokan harinya baru balik kampong . sekarang dah ade kat kampong la di samping mak, abah dan family tersayang . next week jumpa lagi bandaraya ipoh .

kbai

Sunday, 18 December 2011

selesai akhirnya !!!


hoorayyyyyyyyy !!!!
saya rasa lega sekarang !
haha
da macam iklan dlm tv la pulak

actually sgt menyesal wat keje last minute
sampai malam last tu takde kesempatan nak lelapkan mata langsung
amek kau !
_
_
_
_
_
tapi alhamdulillah
Allah permudahkan hambaNya
dah siap pon
main taram je g ipoh malam-malam buta
da anta kedai pegi jilid
OMG


selesai sudahhhhh
yeayyyyyy
:)))

Monday, 5 December 2011

Eleven Hints For Life


- - - - - - - - - - - 

It hurts to love someone and not be loved in return
but what is more painful is to love someone and never
 find the courage to let that person know how you feel


 A sad thing in life is when you meet someone who
  means a lot to you, only to find out in the end that it was
   never meant to be and you just have to let go.


 The best kind of friend is the kind you can sit on a
 porch swing with, never say a word, and then walk away
  feeling like it was the best conversation you've ever had.


          It's true that we don't know what we've got until we lose it
          but it's also true that we don't know what we've been
      missing until it arrives.


  It takes only a minute to get a crush on someone, an
 hour to like someone, and a day to love someone
 but it takes a lifetime to forget someone.


 Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
 even that fades away. Go for someone who makes you
    smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.


 Dream what you want to dream, go where you want to go,
 be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.


  Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.


  A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
  a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.


    The happiest of people don't necessarily have the best
     of everything they just make the most of everything that comes
   along their way.


Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
 a tear. When you were born, you were crying and everyone
   around you was smiling. Live your life so that when you die,
    you're the one smiling and everyone around you is crying.

- - - - - - - - - -


It's amazing when someone can open your heart :))



meeting u was a fate
 becoming your friend was a choice
 but falling in love with u was beyond my control




if i could give you one thing in your life
i would give u an ability to see yourself through my eyes
only then would u realize how special u are to me
u listen when i have a problem
and help dry the tears from my face
u take away my sorrow
and put happiness in it's place
you're the one who understands me so well
i love u not because of who u are
but because of who am i when i am with u

thanks so much my super hero
. . . ilysm . . .






Saturday, 3 December 2011

rindunya pada kalian


salam alaik
sekarang tangan aku tengah rajin pulak nak post something kat velog nan usang ni
dalam masa yang sama aku sangat rindu korang weyhhhh
kita kawan dari zaman sekolah lagi sampai sekarang 
sume da belajar jauh-jauh
susah nak jumpa
masing-masing ade tanggungjawab untuk majukan diri
kalau cuti pon belom tentu dapat berkumpul macam dulu-dulu






hari nak tulis khas untuk sume yang kat atas tu
kenangan kita ramai-ramai
susah senang sama-sama
walaupun masa form 3 kita da pisah g merata-rata
tapi sampai sekarang still bersama



ha...yang ni nama dia maszaitul murni
skrg amik bisnes kat uitm lendu
she's so cute, right ?
beliau juga fotogenik..hehe
eh eh murnie....ingat tak kau bawak aku nek moto pegi t.i
pastu masa nak balik yogurt aku tercicir
pastu bia je tepi jalan
haha
bawak laju-laju lagi !




yang baju merah tu sanisah ayeb aka cho
blaja nun jauh kat UMT wat degree marine biology
susah nak jumpa woooo
sebab dia jarang balik
anis....dulu masa form 3 selalu jumpa kat simpang sebab nak g skola sama-sama kan ?
boleh dikatakan tiap-tiap hari lewat
sampai da jadi habit aku g mana mesti x tepati masa
x tau la ko still macam dulu or dah maju sikit..ngeeee




yang ni pulak nurul zahirah
pas stpm dulu terus g UM amik kos ala sastera gitu
kau memang sporting sangat weyhh
ade je lawak ko nak buat aku ketawa
ade lagi satu !
kalkulator ko ade kat aku...*wat harta pulak




cik rokiah nama diberi
yang ni memang hot
dan dah bertunang ok
x lama lagi dapat la makan nasi minyak nampaknya
x lama la tu
memang kau nombor 1 la cik !!!
tahniahhhhh :))




tengok...ayu je kan ?
siti noor azrin yang sangat bijak dan superb !
skrg wat degree farmasi kat UM
dulu kita selalu bersaing kan rin ?
masa UPSR & PMR result kita sama
tapi bila SPM kau jadi winner sayang
aku drop habes ! hahaha
tapi kau memang rajin, bersungguh-sungguh wat sesuatu
memang layak dapat ape yang kau miliki sekarang :-)



firstly, sorry sebab aku copy gamba ni kat fb ko yer ayuya
hehehe
bila basikal aku rosak mesti aku tumpang skuter kau dulu
terkangkang-kangkang nak panjat skuter sebab pakai skirt pengawas yang mcm harem tu
kau pon x suka pakai baju tied in ngan skirt tu kan kan kan ?
sama la macam murnie nunee
warghhhhh

kita kawan sampai bila-bila ok



yang ni siti zaharah
tapi lebih mesra dengan panggilan arah je
tengok muka kau aku terus teringat pakcik ngan makcik yang kat parit tu
hahaha
sumpa lawak weyhhh masa dok uma dorang
untung la merasa amik form6 kat iskandar shah parit
tobat aku nak g sana lagi


korang....harap kita kawan sampai bila-bila
aku sayang korang sangat-sangat
walaupun aku bukan kawan yang baik dan perfect untuk korang
terima lah aku seadanya tau tau tau ^_^

Friday, 2 December 2011

tamat sudah (*_*)


asalammualaikum
ok..
straight to the point
hari ni 02 disember 2011 bersamaan 06 Muharram 1433H
dengan ini mengisytiharkan bahawa
Nor Nazatol Sima telah menamatkan Latihan Industri 
di Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad dengan jayanya
hahaha

Terima kasih kepada staf-staf yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sabar melayan kerenah sima sepanjang hampir 6 bulan berada di KPRFSPB

habit yang tak patut dilakukan tapi dah dilakukan

: :  setiap hari sampai opis lewat dari orang lain

: :  sms setiap masa

: :  berpesbuk sesuka hati

: :  merosakkan stapler secara tak sengaja

: :  suka hentam-hentam mesin fotostat

: :  selalu rehat lebih masa

ahhhhh....banyak lagi lahhhh
hehe....tak de sape pon tegur kesilapan sima kan ? so , x heran lah :))

dan terima kasih sekali lagi sebab dah belanja pizza hut tadi ek 
sedapppppppp !!
yeahhhhh

terima kasih gak pada yang dah baling mercun bola sampai tembus tudung leopard saya...urghhhhh
ganti balikkkk !

kbai

^__^



Sunday, 27 November 2011

kesian si abang

mari-mari sini nak citer pengalaman anak buah i berkhatan kali ni . pada sabtu lepas anak kepada rasidah ( kakak sulung i ) bersama husni ( arwah abg ipar i ) iaitu muhammad harith bin husni telah dikhatankan di klinik Fatimah dekat taman medan PJ  . pengalaman pahit untuk seorang anak yang terpaksa melepaskan ayah yang disayangi untuk menemui Allah pada usia seawal 2 tahun . walaupun pada masa tu tak faham apa-apa lagi . kesian nur maisarah ( anak sulung kakak i ) ngan angah . x sempat nak rasa kasih sayang ayah kandung sampai dorang meningkat dewasa .ayah tiri pun jadi lahhh kannnnn..hehe.. tapi sekarang angah da dewasa . ok...cukup ! 

actually nak story mory pasal adik (anak ayah baru) kepada si angah yang bersunat ni haa.....

nur aina filzah


punya la nakal pegi takutkan abg dia

adik : angah....angah x takut ke nak sunat ? sakit macam kena gigit harimau
abg ngah : mana ade . angah kuat
adik : betollll....

pastu si abang ngah ni pegi la tanya ibu dia 

abg ngah : ibu..ibu..sunat tu sakit mcm kena ggt harimau . betol ke bu ?
ibu (kakak i ) :  sape yg ckp kat angah ni ?
abg ngah : adik ckp td  ^_^
ibu : mana ade la . adik bukan tau pon . dulu dia besunat masa baby . adik main-main je tu saja nak sakat angah .

kakak i pon terus la pujuk si abang ngah tu sampai dia confident nak bersunat . then terus bawak pegi klinik . selamatttttttttttttttttttt sudahhhhh
kakak i satu family terus gerak balik kampong (rumah i la )

lena dapat ubat tahan sakit


sehari je da sihat

ok .  bye !

Wednesday, 23 November 2011

let's pray :))

dear

ALLAH

i pray that whoever reads this entry

shall have your

comfort
joy
peace
love
&
guidance

i may not know their troubles, but you do

please keep protecting us 

...amin...



Tuesday, 22 November 2011

....bersabarlah....

Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita adalah ujian dariNya di mana dari situlah tahap kesabaran kita akan diukur . SesungguhNya Allah tidak akan menguji umatNya melebihi apa yang terdaya . Janganlah kita menganggap itu semua sebagai satu bebanan . Walaupun saat semua orang membenci dan tidak senang dengan apa yang kita miliki . Namun Allah yang mengaturnya . Kita tidak seharusnya berkecil hati . Malah semakin mendekatiNya dan berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan . Ingat ! Allah maha Menyayangi dan maha Mengetahui apa yang terjadi di muka bumi ini . Apabila diri kita semakin banyak melakukan perubahan ke arah kebaikan maka semakin banyaklah ujian mendatang untuk menduga hati dan jiwa . Usahlah bersedih, ujian dan dugaan itu sebenarnya petanda bahawa diri kita disayangiNya . Jangan mudah mengalah . Belajar menantikan janji Allah adalah proses yang paling berharga dalam hidup ini . Sekalipun jalannya mungkin sukar dan menyakitkan tetapi pada akhirnya setiap nilai yang kita dapatkan akan menentukan kejayaan . Milikilah iman dan kekuatan kerana setiap rencana yang baik Allah pasti akan terjadi pada waktunya. Pada saat-saat tertentu dalam kehidupan kita , kita mungkin akan merasa hilang semangat untuk melalui dugaan kehidupan . Mohonlah padaNya agar Dia menerangi sisi gelap ruang batin kita saat kita rapuh dan tidak bermaya  serta memohon kekuatan dariNya . Kasih Allah sentiasa akan mengiringi hambaNya .


Ya Allah Ya  Tuhan ku , aku tahu Engkau sangat mengasihiku . Aku mengerti beban ujian kepayahan ini dimaksudkan untuk meningkatkan kemantapan imanku . Terkadang lututku goyah dan kedua belah kaki ku bergetar kerana bebanan ini namun aku tetap akan selalu menjalani apa pun ujianMu dengan redha . Syukur kepadaMu Ya Allah . Melalui ujian ini aku akan berusaha untuk membentuk peribadi yang lebih kuat , kental dan aku dapat melihat kebesaran Zat-Zat Mu nyata dalam kehidupanku .


Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau curahkan . Moga Kau memberi hidayah dan petunjuk serta mendidik dan memelihara diri ini . 


Allah will never let you 'empty' . He will replace everything you lost . He ask you to put something down because He want to pick up something greater . Life is hard but Allah provide . Life is unpredictable but Allah guides . Life is unfair but Allah cares . Life is always challenge but Allah sustains . So , dont worry ! We are safe in Allah hand . have a Blessed Allah forever :))